Friday, November 9, 2012

Annoying.


Assalammualaikum semua. Yep, dah lama saya tak meng-update blog ni. So, petang jumaat yang mulia ni, ditambah pula dengan cuaca hujan macam ni, saya nak meng-update blog. Topik untuk hari ni, is about annoying. Aku  update ni semua nak luahkan perasaan aku yg aku pendam selama ni. This is about my younger sister. Bukan nak mengutuk adik sendiri ke apa. Tapi aku dah tak boleh tahan dengan perangai dia. Dia masih tak sedar yang dia dah masuk ke alam remaja. Tapi dia masih dengan perangai dia yg kebudak-budakan tu. Even dia dah 13 tahun, tapi dia masih tak pernah nak tolong buat kerja rumah ke apa. Tolong tu ada lah. Tapi bila disuruh atau dimarah baru lah nak buat kerja. Kalau tak, jangan harap lah dia nak buat semua tu. Mimpi jelaa kan..And dia ni seorang yang ''''sangat'''' keras kepala. Dia ni tak pernah nak dengar apa orang cakap. Kalau boleh, nak ikut kepala dia je. Kadang-kadang tu sampai parents pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan dia. Aku ni sebagai anak sulung perempuan, and juga kakak kepada adik-adik selalu sangat kena mengalah, buat kerja sendiri, apa semua tulaa. Kadang-kadang tu, diorang yg salah, tapi yg kena tempiasnya aku jugak. Kalau boleh apa yg aku buat, semuanya salah. Apa salah aku kat diorang pun aku tak tahu. Kadang-kadang tu rasa macam nak lari je dari rumah ni, sebab dah tak tahan dengan orang dalam rumah ni. Lagi-lagi dengan adik aku sorang ni. Tapi, bila fikir balik, nanti siapa nak tolong ibu buat kerja semua tu.. Nak harapkan adik-adik, mimpi jelaa. Sampai kiamat pun memang takkan nya kerja tu dibuat.. Hidup sememangnya penuh dengan dugaan. So, apa-apa pun yg berlaku, diorang tetap adik aku. Apa yg aku perlu buat adalah sabar dengan semua ni. So, sampai sini jela entry untuk kali ni. Tak lupa juga, maaf sebab entry ni tiada satu pun "smiley" akibat mood yg tidak stabil. Assalammualaikum semua..

No comments:

Post a Comment