Sunday, July 14, 2013

La Tahzan. Salam Ramadhan xx

Assalammualaikum dan selamat petang! Dah lama rasanya tak meng-update blog ni. So, hari ni terasa nak menaip pula. Selamat membaca! Sebelum tu, masih belum terlambat lagi nak ucapkan Salam Ramadhan kan? Hehe :p Salam Ramadhan Muslimin dan Muslimat :) Hm.. Ok macam ni, sebenarnya nak cerita apa yang ada dalam sebuah buku ni.. Buku ni pun dipinjam dari cikgu Halimatun, guru kelas kesayangan <3 Kalau hayati betul betul, memang boleh mengalir lah kann T_T wanna see that book? Scroll down! 


Ni lah bukunya. "Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia". The best book ever! Kalau nak cerita satu persatu, memang sampai kiamat pun tak habis menaip agaknya. Terlalu banyak benda yang nak dikongsi. Tapi setakat ni baru baca m/s 117 out of 402. Banyak lagi :o Takpela, dapat share sikit pun dah ok ;)

"Kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang selalu mendambakannya dengan penuh kesabaran."

"Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk dapat tersenyum, tapi tersenyumlah agar anda berbahagia."

"Tiada suatu kegembiraan pun yg kekal bagimu & tiada suatu kesedihan pun dpt mengembalikan kepadamu sesuatu yg telah hilang."

"Orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai.."

"Solat menjamin kelapangan dada pelakunya dan mengusir segala kesedihannya."

"Hati-hatilah terhadap doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang teraniaya."

"Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan menjadikannya memahami agama."

"Janganlah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap dan tidak kekal, selain AMAL SOLEH."

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan tertindas orang lain."



Apabila hati di dalam keadaan bersedih, ingatlah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya. Solat adalah penghapus segala kesedihan kita :-)
Maaf, entry kali ini sekadar luahan dari hati yang sedang dibelenggu kesedihan.. Semoga berjumpa di entry yang akan datang! Salam Ramadhan. Harap diampunkan salah & silap diri ini.
Assalammualaikum :-) La Tahzan, Fi Hifzillah x











No comments:

Post a Comment